Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pakistan senarai pendek calon jawatan ketua tentera

    NEW DELHI, 23 NOV – Pakistan menyenaraikan pendek enam jeneral kanan bagi menggantikan Panglima Tentera Darat (COAS) Jeneral Qamar Javed Bajwa.

    Ibu Pejabat Am (GHQ) tentera Pakistan di Rawalpindi menghantar enam nama kepada Kementerian Pertahanan untuk membuat dua pemilihan penting iaitu ketua tentera dan Pengerusi Jawatankuasa Ketua Turus Bersama (CJCSC), menurut Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR) tentera.

    “Pejabat PM telah menerima senarai nama dua jawatan tersebut.

    “Perdana Menteri akan membuat keputusan mengenai pelantikan itu,” menurut pejabat PM Shehbaz Sharif.

    ISPR tidak menyenaraikan nama-nama itu, tetapi media Pakistan membuat spekulasi mengenai beberapa calon yang berpotensi termasuk jeneral quartermaster tentera dan bekas ketua perisikan, Asim Munir, komander Kor Rawalpindi, Sahir Shamshad, ketua kakitangan am tentera, Azhar Abbas, ketua Universiti Pertahanan Nasional, Nauman Mahmood, bekas ketua perisikan dan komander daripada Kor Bahawalpur, Faiz Hameed, dan komander Kor Gujranwala Mohammad Amir. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...