Pakistan tembak jatuh dron India

ISLAMABAD, 9 APRIL – Tentera Pakistan hari ini mengatakan ia menembak jatuh sebuah dron pemantauan India di Kashmir, ketika ketegangan meningkat mengenai pembedilan rentas sempadan berterusan di wilayah dipertikai itu.

Menurut satu kenyataan dari media sayap tentera, quadcopter India – sama saiz dengan dron hobi komersial – melintasi 600 meter jarak sempadan de facto dikenali sebagai Garisan Kawalan (LoC).

“Tindakan itu dibalas agresif tentera Pakistan dengan menembak jatuh quadcopter India itu,” menurut kenyataan. – AFP