Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pakistan tingkat kawalan keselamatan Imran

    NEW DELHI, 16 MEI – Kerajaan Pakistan telah mengeluarkan arahan supaya mempertingkatkan kawalan keselamatan bekas perdana menteri Imran Khan selepas beliau secara terbuka mendedahkan terdapat rancangan untuk membunuhnya.

    Arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri Shehbaz Sharif kepada Menteri Dalam Negeri Rana Sanaullah Khan dan kerajaan tempatan, menurut pejabat perdana menteri hari ini.

    Seorang ketua pegawai keselamatan juga ditugaskan menjaga keselamatan bekas perdana menteri itu.

    Imran, digulingkan menerusi undian tidak percaya di parlimen pada April.

    Pada perhimpunan besar-besaran di bandar Sialkot pada Sabtu beliau mendakwa ada konspirasi sedang dirancang di dalam dan luar negara untuk membunuhnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...