ISLAMABAD, 26 MEI – Pakistan menawarkan suntikan kepada seluruh populasi dewasa dengan harapan dapat meningkatkan kadar vaksinasi COVID-19, dengan hanya 5 peratus populasi yang diinokulasi setakat ini.
Menteri Perancangan dan Pembangunan Asad Umar mengumumkan di Twitter bahawa pendaftaran individu yang berumur 19 tahun ke atas akan bermula esok.
Setakat ini, vaksinasi terbuka ditawarkan kepada individu yang berumur 30 tahun ke atas.
Pakistan telah melaporkan penurunan berterusan dalam jangkitan dan kematian akibat COVID-19 dalam beberapa hari terakhir, tetapi tindak balas terhadap program vaksinasinya agak perlahan. – AP