Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Pakistan tingkatkan kawalan keselamatan

    ISLAMABAD, 31 MAC – Pakistan kelmarin meningkatkan keselamatan selepas 11 orang terbunuh dalam rempuhan di pusat pengagihan gandum percuma untuk golongan miskin sejak permulaan bulan suci Ramadan minggu lalu, kata pegawai.

    Pakistan yang berhadapan dengan masalah kewangan minggu lalu telah melancarkan inisiatif untuk mengagihkan tepung percuma dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah bagi mengurangkan kesan inflasi yang memecah rekod dan kemiskinan yang melambung.

    Tetapi apabila orang ramai memenuhi pusat pengagihan di seluruh negara, mereka merasa panik kerana bimbang tidak mendapat tepung, sehingga mencetuskan kejadian rempuhan yang mengakibatkan lapan orang maut di barat laut Pakistan dan tiga di timur wilayah Punjab.

    Inisiatif pengagihan tepung itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Pakistan, Shahbaz Sharif ketika kerajaannya berdepan krisis ekonomi terburuk di tengah-tengah kelewatan dalam mendapatkan sebahagian besar AS$1,1 bilion daripada pakej bantuan AS$6 bilion yang asalnya ditandatangani pada 2019 dengan Tabung Kewangan Antarabangsa.

    “Setakat ini, kerajaan Punjab telah mengagihkan 20 juta beg tepung,” kata ketua kerajaan sementara di Punjab, Mohsin Naqvi.

    Bersama Punjab, polis tambahan kelmarin turut dikerahkan di barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa. Penasihat kerajaan di Khyber Pakhtunkhwa, Haroon Shah memberitahu The Associated Press bahawa rempuhan berlaku kerana orang yang terdesak tidak sabar dan tidak pasti sama ada mereka akan mendapatkan tepung. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...