Pakistan umum sekatan ke atas orang tidak divaksin

ISLAMABAD, 14 SEPT – Menteri perancangan Pakistan memberi amaran kepada orang ramai yang belum lagi divaksin bahawa mereka tidak akan dibenarkan bekerja di pejabat selepas bulan ini.

Dalam satu perutusan disiarkan di televisyen, menteri itu, Asad Umar mengatakan orang tidak divaksin tidak akan dibenarkan masuk kompleks membeli-belah, menggunakan pengangkutan awam atau menaiki pesawat selepas tarikh akhir 30 September ini. Umar juga meminta orang ramai mengekalkan penjarakan fizikal, beberapa jam selepas Pakistan melaporkan penurunan stabil dalam jumlah kes koronavirus.

Umar mengatakan 52 peratus populasi dewasa di ibu negara Pakistan, Islamabad telah menerima vaksin dan bandar-bandar lain seharusnya cuba memvaksin kira-kira 40 peratus penduduknya yang layak secepat mungkin bagi mengelak perintah berkurung dan sekatan berkaitan COVID-19.

Pakistan melaporkan 1.2 juta kes COVID-19 dan hampir 27,000 kematian sejak pandemik bermula tahun lalu. – AP