Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Palace intai lebih ramai pemain

    MELBOURNE, 18 JULAI – Pengurus pasukan Crystal Palace, Patrick Vieira kelmarin mengakui dia memerlukan lebih ramai pemain untuk memperkuatkan barisan skuadnya, dan mengetepikan hal mengenai kebolehan pasukannya dalam melancarkan tentangan serius kepada kelab teratas pada musim ini.

    The Eagles menduduki tempat ke-12 dalam Liga Perdana Inggeris dan mara ke separuh akhir Piala FA pada tahun pertama pengendalian pengurus Perancis itu, dengan matlamat untuk melakukan yang lebih baik musim ini.

    Walau bagaimanapun, bekas bintang Arsenal dan Manchester City itu berkata, untuk mendapatkan tempat di bola sepak Eropah bagi kelab selatan London itu mungkin akan menjadi satu usaha yang mustahil.

    Palace setakat ini telah menandatangani pemain tengah Mali, Cheick Doucoure dari Lens, penjaga gol England, Sam Johnstone dari West Brom dan penyerang Derby, Malcolm Ebiowei. Vieira dalam pada itu juga menegaskan bahawa dia tidak akan mendedahkan pemain yang bakal diambilnya.

    Turut menjadikan tugasnya lebih sukar ialah beberapa orang pemain tetap pasukan utama tidak menyertai jelajah pramusim mereka, dengan hanya 11 orang pemain senior dari jumlah 26 orang pemain yang penuh dengan pemain muda.

    Pemain bintang termasuk Wilfried Zaha, Christian Benteke, Marc Guehi, Eberechi Eze dan Cheikhou Kouyate semuanya kekal di London disebabkan masalah kecergasan atau tidak memenuhi syarat kemasukan ke Singapura atau Australia.

    Vieira juga mengakui mengendalikan dua skuad berasingan di benua berbeza adalah kelemahan utama dan boleh menghalang permulaan musim mereka ketika menentang kelab lamanya, Arsenal nanti. – AFP

    Patrick Vieira mengakui dia memerlukan lebih ramai pemain untuk memperkuatkan skuadnya. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...