Palace mudah tumpaskan Spurs

LONDON, 28 Jan – Tottenham Hotspur sekali lagi mengalami kekalahan buat kali kedua pada pusingan kalah mata bola sepak England, selepas tewas 0-2 di tangan Crystal Palace pada pusingan keempat Piala FA, hari ini.

Connor Wickham meletakkan Eagles, yang ketinggalan 29 mata di belakang Spurs dalam saingan Liga Perdana Inggeris, sebelum bekas pemain sayap Spurs, Andros Townsend menyudahkan sepakan penalti, untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Pemain Spurs, Kieran Trippier mensia-siakan peluang sebelum rehat sekali gus memberi petanda pasukan itu bakal mengalami malapetaka yang sama selepas tumbang kepada Chelsea dalam saingan separuh akhir Piala Liga, Khamis lalu.

Penyandang Piala FA, Chelsea tidak berdepan masalah tatkala penyerang Argentina, Gonzalo Higuain membuat penampilan sulung bersama kelab itu dengan kemenangan 3-0 di laman sendiri menentang pasukan Championship, Sheffield Wednesday.

Willian menjaringkan dua gol sebelum pemain remaja berkualiti tinggi England, Callum Hudson-Odoi menjaringkan gol ketiga, yang dikaitkan dengan berpindahannya ke kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.

Dalam pada itu, tiada sebarang jaringan dilakukan oleh Higuain, yang dipinjam daripada Juventus sehingga berakhirnya musim ini. Namun, menurut pembantu jurulatih Chelsea, Gianfranco Zola, yang juga bekas penyerang Blues memberitahu BBC: “Kami gembira dengan prestasi Gonzalo Higuain, dia cuba mencari ruang dan mendapatkan bola.” – AFP

Juan Foyth dan Wilfried Zaha ketika bersaing mendapatkan bola pada aksi Piala FA di Selhurst Park, London, kelmarin. – AP