Palestin bantah Britain haramkan Hamas

RAMALLAH, 21 NOV – Palestin semalam menolak keputusan Britain untuk menamakan pergerakan Hamas sebagai kumpulan pengganas, menyifatkannya sebagai satu tindakan tidak wajar terhadap rakyat Palestin, lapor Agensi Berita Xinhua.

“Keputusan Britain itu bertentangan dengan rakyat Palestin,” menurut Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan akhbar.

Ia juga dilihat seakan London akur kepada tekanan Israel sekali gus akan menghalang usaha mencapai keamanan serta memulakan pembinaan semula di Semenanjung Gaza.

Setiausaha Dalam Negeri Britain, Priti Patel berkata pada Jumaat beliau telah mengharamkan ‘Hamas secara keseluruhan termasuk sayap politiknya’. – Bernama