Palestin bincang proses damai dengan Israel

KAHERAH, 7 OKT – Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi kelmarin mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk membincangkan proses perdamaian antara Palestin dan Israel, lapor Xinhua.

“Kedua-dua pemimpin mengkaji semula perkembangan terkini perjuangan Palestin dan proses perdamaian,” menurut pejabat presiden Mesir dalam satu kenyataan.

Sisi berkata usaha negaranya mengkoordinasi dengan rakyat Palestin untuk menghidupkan kembali proses damai bertujuan mengembalikan hak rakyat Palestin dan mewujudkan keselamatan serta kestabilan di rantau itu.

Abbas memuji hubungan Mesir-Palestin dan Palestin menghargai usaha serta ikhtiar Mesir untuk meningkatkan perjuangan Palestin dan mencapai penyelesaian yang adil dan komprehensif.

Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meneruskan koordinasi dan perbincangan dua hala berhubung isu-isu kepen-tingan bersama. – Bernama