Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Palestin henti pembayaran keluarga penyerang

    WASHINGTON, 14 Jun – Kepimpinan Pihak Berkuasa Palestin bersetuju untuk menghentikan pembayaran kepada keluarga-keluarga penyerang yang maut, termasuk penyerang nekad, kata Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson semalam.

    Pembayaran pampasan kepada keluarga “syahid” yang terkorban ketika melakukan serangan ke atas Israel adalah salah satu penghalang dalam proses damai di Timur Tengah.

    “Mereka telah menukar dasar mereka, sekurang-kurangnya saya dimaklumkan mereka telah menukar dasar tersebut,” Tillerson memberitahu penggubal undang-undang AS. Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman menyuarakan keraguan itu hari ini.

    “Saya tidak melihat sebarang bukti Pihak Berkuasa Palestin berhenti membuat pembayaran bagi pengganas yang dipenjarakan dan keluarga mereka,” Lieberman memberitahu radio umum Israel.

    Presiden AS, Donald Trump berikrar untuk menghidupkan perbincangan damai itu, dan menggesa Israel untuk mengehadkan pembangunan penempatan di tanah Palestin, tetapi masih banyak perselisihan.

    Di bawah penyiasatan pada pendengaran Senat, Tillerson berkata Washington telah menekan pemimpin Palestin, Mahmud Abbas mengenai isu pembayaran itu kepada keluarga-keluarga penyerang nekad dan penyerang yang terbunuh.

    “Ia dibincangkan secara langsung apabila presiden Abbas membuat lawatan bersama delegasinya ke Washington,” kata Tillerson, yang menambah Trump membangkitkan isu itu di Rumah Putih. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda