Palestin puji tindakan PBB

RAMALLAH, 20 NOV – Pihak Berkuasa Palestin memuji keputusan undian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kelmarin yang menyokong hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan agensi itu.

Undian itu dianggap sebagai respons segera kepada pengumuman Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo pada Isnin bahawa petempatan Israel di Tebing Barat tidak bercanggah atau melanggar undang-undang antarabangsa, kata Pihak Berkuasa Palestin. – Bernama