Palestin sambut baik siasatan jenayah perang

RAMALLAH, 4 MAC – Palestin semalam menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague untuk menyiasat perlakuan jenayah Israel di wilayah Palestin.

Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki berkata negaranya mengalu-alukan keputusan ICC untuk ‘meneruskan siasatan terhadap jenayah Israel, langkah yang dinanti-nantikan sejak sekian lama bagi menuntut keadilan buat Palestin.’

“Kami berharap tindakan serius di peringkat antarabangsa dapat memberikan keadilan kepada mangsa Palestin,” kata al-Maliki dalam satu kenyataan, lapor agensi berita Xinhua. – Bernama