Palsukan dokumen: Kontraktor dipenjarakan

KOTA KINABALU, 18 FEB – Seorang kontraktor penyediaan makanan didenda RM60,000 dan sebulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan memalsukan dokumen untuk mendapatkan tender Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) bernilai RM7.397 juta pada 2016.

Hakim Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Sadiah Sundai, 38, selepas tertuduh mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan memalsukan penyata bank syarikat miliknya untuk melayakkannya mendapat tender berkenaan Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak ke asrama sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). –Bernama