Saturday, September 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Palsukan kematian sendiri selepas bunuh jurubina

    NEW DELHI, 13 DIS – Seorang lelaki India telah ditangkap hari ini kerana cuba untuk memalsukan kematiannya dengan membunuh seorang jurubina dan menjadikan mayat itu umpama mayatnya, kata polis hari ini.

    Dia melakukannya untuk mengelak daripada dibicarakan mengenai tuduhan membunuh, tambah mereka – Sudesh Kumar telah didakwa namun tidak disabit bersalah atas pembunuhan anak perempuan yang lari bersama kekasihnya pada 2018.

    Kumar dibebaskan tahun lalu ketika pihak berkuasa cuba untuk mencegah penularan koronavirus dengan mengurangkan kesesakan dalam penjara yang padat.

    Polis bulan lalu mendapati satu mayat di Ghaziabad, di pinggir bandar New Delhi, memakai pakaian Kumar dan membawa kad pengenalannya.

    “Mayatnya separuh rentung manakala wajahnya sukar dikenal pasti,” kata superintenden polis, Iraj Raja kepada AFP.

    “Kami membawanya ke rumah Kumar dan meminta isterinya untuk mengenal pasti mayat berkenaan. Dia segera mengatakannya sebagai mayat suaminya, bagaimanapun, kami tidak yakin.”

    Polis mendapat maklumat yang Kumar masih hidup dan menangkapnya di luar rumahnya pada Jumaat.

    “Sejurus disiasat, dia mendedahkan perkara sebenar,” kata Raja.

    Kumar menjalin perkenalan dengan tukang batu dan mengundangnya ke rumahnya kononnya untuk melakukan kerja-kerja pembaikan, memberi pakaian dan alkohol, sebelum memukulnya hingga mati.

    Raja berkata Kumar dan isterinya telah didakwa kerana membunuh. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...