Pamer kreativiti melalui lukisan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Ogos – Seramai 38 orang pelajar Global Art Brunei telah menyertai Peraduan Kesenian Kebangsaan 2017 bertema My Dream City yang berlangsung di Kompleks Membeli-belah Mabohai, di sini, hari ini.

Muncul juara kategori A ialah Dayang Iman binti Muhammad Fahmi manakala kategori B dijuarai oleh Awang Ahmad Naufal bin Schufin dan kategori C ialah Lim Xin Tong. Juara membawa pulang hadiah berupa hamper bernilai $100 berserta piala dan sijil penyertaan.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengasas Global Art Mahair Goh, Pengetua Global Art Brunei Jeans Lee dan Pengurus Kompleks Mabohai Yee-Man Cheng.

Peraduan anjuran Global Art & Creative Sdn Bhd itu antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mereka yang berumur antara empat hingga 12 tahun meluahkan idea, kreativiti dan imiginasi mereka melalui lukisan dan mewarna.

Pelajar Global Art menyertai permainan yang dianjurkan oleh Global Art.
Pelajar Global Art menyertai permainan yang dianjurkan oleh Global Art.

Peraduan yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu A bagi pelajar yang berumur empat hingga enam tahun, B bagi pelajar yang berumur tujuh hingga sembilan tahun dan C bagi pelajar yang berumur 10 hingga 12 tahun itu telah mendapat sambutan yang menggalakan dari pelajar.

Dalam peraduan itu, tempat kedua membawa pulang hamper bernilai $80 dan tempat ketiga juga membawa pulang hamper bernilai $50 dengan setiap pemenang turut menerima piala dan sijil penyertaan.