Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pamer model Juke, X-Trail terkini

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mei – Boustead Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan jenama Nissan dan Suzuki kini sedang mengadakan jerayawara promosi Nissan di The Mall Gadong yang telah bermula 21 Mei lalu sehingga penghujung bulan ini.

    Jerayawara bertemakan promosi ‘Star Wars’ itu mempamerkan model Nissan Juke dan X-Trail terkini yang mempunyai reka bentuk moden dengan tambahan body-kit terbaharu.

    Setiap pembelian sama ada kereta Juke atau X-Trail semasa promosi dijalankan akan layak mengikuti cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan berupa sebuah kereta baru Nissan Juke sebagai hadiah pertama dan pelbagai hadiah-hadiah lainnya.

    Pelanggan yang membuat pertanyaan atau berminat dengan model-model yang dipamerkan juga akan menerima pelekat ‘Star Wars’ secara percuma.

    Orang ramai berpusu-pusu mengambil kesempatan menyaksikan lebih dekat Nissan Juke dan X-Trail yang ditampilkan dengan ‘body-kit’ terbaharu yang dipamerkan di The Mall, Gadong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda