Pamer seni sukan Muay Thai

Oleh Lyna Mohamad

TUTONG, 26 JULAI – Dalam sama-sama untuk mengembangkan sukan Muay Thai di negara ini, Persatuan Muay Thai Brunei Darussalam telah menganjurkan Pameran Muay Thai Inter-Club di Gim Excelean di Tutong, baru-baru ini.

Hadir perlawanan dan persembahan tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Wanthanee Viputwongsakul. Perlawanan itu menyaksikan 42 penyertaan dari 10 buah kelab di Brunei mempamerkan seni Muay Thai dalam pelbagai kategori termasuk featherweight dan super heavyweight. Acara tersebut merupakan acara tertutup dengan kemasukan adalah dihadkan kepada ahli gim yang mengambil bahagian sahaja.

Muay Thai adalah sukan yang semakin popular di Brunei, yang memerlukan dedikasi dan kecergasan secara keseluruhan selain kehebatan mental di mana melalui latihan dan perlawanan, mereka dapat mengembangkan kecergasan kardiovaskular dan juga kekuatan.

Persatuan Muay Thai Brunei Darussalam secara aktif mempromosikan sukan Muay Thai sebagai aktiviti fizikal dan sebagai aktiviti untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Antara aksi perlawanan Muay Thai yang diadakan di Gim Excelean, Tutong baru-baru ini.