DETROIT – Pameran kereta Detroit telah diadakan baru-baru ini dengan menampilkan pelbagai bakat baru dalam bidang teknologi auto dan pada kali ini, pameran tersebut mencirikan perkembangan auto dengan imej nostalgia Amerika dan juga glamor Hollywood.
Di samping itu, terdapat juga pelbagai persoalan mengenai pameran ini, adakah ia disebabkan oleh politik dan sebagainya berikutan kehadiran Arnold Schwarzenegger yang muncul dengan menggunakan SUV Mercedes Benz G Class serta cucu legenda skrin, Steve McQueen yang datang dengan versi baru Ford Mustang yang sering digunakan dalam kebanyakan filem-filem Hollywood.
Dalam ucaptama, Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat, Elaine Chao telah menyuarakan akan pemotongan cukai Amerika Syarikat yang mana akan mengurangkan had cukai, iaitu kadar cukai koporat AS daripada 35 peratus kepada 21 peratus serta mengatakan bahawa langkah ini telah berjaya menarik lebih banyak pelaburan Amerika Syarikat.
Terdapat juga beberapa kenyataan mengenai rundingan semula Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara, di mana industri auto AS sangat bergantung terhadapnya. Namun pameran auto itu adalah tentang kereta dan pembuat kereta berusaha keras untuk yang terbaik sambil memfokuskan produk-produk mereka.
Dengan cita rasa Amerika untuk jenis kenderaan trak dan SUV, trend itu akan kekal teguh khususnya pada tahun 2018 ini di mana beberapa jenama baru telah menyerlahkan lagi cita rasa itu dengan satu tawaran yang baru dalam kategori berkenaan. Mercedes Benz telah memulakan SUV G Class yang telah direka khas semula, dengan mengemas kini kenderaan itu dengan teknologi yang baru. Kenderaan ini dibuat untuk memanjat tanjakan curam apabila bahan api melaksanakan tugasnya untuk memberikan kuasa optimum kepada kereta ini.
Dipamerkan bersama bintang Hollywood
“Saya telah lama memandu menggunakan kereta G-Wagens iaitu lebih kurang 25 tahun dan saya fikir kereta ini menjadi begitu bersejarah buat diri saya,” kata seorang pelakon dari Austria. Ford telah melancarkan satu tawaran nostalgia mereka sendiri, iaitu mempamerkan sebuah pikap Ranger dengan sentuhan cita rasa baru, direka bentuk semula dan diperkenalkan semula ke pasaran Amerika Utara.
Selain itu, keluaran jenama Kereta ini juga menawarkan trim trend baru yang lebih hebat, SUV dan telah mengeluarkan edisi ketiga khas, ‘Bullitt’ kereta sukan Mustang.
Pelakon terkenal McQueen telah sekian lama memandu 1968 Mustang termasuk dalam filem thriller ‘Bullitt’ dan telah mewujudkan hubungan yang tidak dapat dipisahkan antara kereta dan juga budaya pop Amerika. Anak perempuan artis itu, Molly McQueen telah muncul bersama keluaran edisi baru kereta tersebut dan cuba untuk membandingkannya dengan yang asal. “Ia sebenarnya menyeronokkan, pantas dan mudah dipandu,” kata Molly kepada wartawan AFP. Selain itu, jenama Volkswagen juga mempamerkan auto-auto mereka seperti versi terbarunya dari Jetta, kenderaan yang laris di Amerika Syarikat dan berasal dari Jerman.
“Berbanding sedan, sebenarnya SUV dan juga trak adalah sedikit mahal dan menelan belanja yang banyak sehingga dua kali ganda daripada jumlah kereta sedan. Sebagai pembuat kereta sepenuh masa, anda perlu mempunyai sedan yang kompetitif,” kata ketua eksekutif Volkswagen dari Amerika Utara, Hinrich Woebcken kepada media wartawan.
Perdagangan bebas
Pihak perindustrian auto sedang menunggu maklum balas terhadap perbincangan untuk merombak Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara, yang telah menimbulkan kebimbangan mengenai tarif yang besar terhadap import buatan Mexico ke Amerika Syarikat.
Rundingan telah berlangsung selama berbulan-bulan lamanya atas desakan Presiden AS, Donald Trump yang telah mengancam untuk mengabaikan perjanjian itu jika kesepakatan yang bermanfaat tidak dimeterai. “Perbincangan kebanyakannya menyentuh sesuatu yang baik untuk memodenkan NAFTA,” kata Mary Barra, Ketua Pegawai Eksekutif General Motors kepada media.
Satu tempoh pasca
“Sebenarnya ada banyak perdebatan seperti adakah presiden menggunakan hiperbola untuk mendapatkan sesuatu yang kurang baik dan bermutu kerana dia seorang perunding yang mahir atau dia sebenarnya serius berfikir bahawa kita perlu keluar dari NFTA,” kata ahli ekonomi Cox Jonathan Smoke.
“Sementara itu, kesan pemotongan cukai sebanyak AS$1.5 Trilion baru-baru ini telah dijangka akan berubah berdasarkan rantau dan juga tahap pendapatan. Para pengguna yang akan membeli kereta-kereta mewah ini akan mempunyai belanjawan melebihi AS$150,000 dalam setahun,” kata Jonathan Smoke lagi kepada media AFP.
Menyoroti mengenai perubahan cukai, situasi itu akan mengurangkan kadar korporat, di mana Chao menunjuk kepada keputusan Fiat Chrysler untuk mengeluarkan trak barunya dari Mexico kepada sebuah kilang berhampiran dengan Detroit. Pembuat kereta itu berkata bahawa mereka telah melabur sekitar AS$1 bilion dan menambah sekitar 2,500 pekerja.
“Ini hanya satu contoh kesan positif yang akan diambil oleh potongan cukai dan pekerjaan terhadap pekerja, pencipta kerja, majikan dan juga ekonomi negara,” tambah Chao kepada media.
“Semakin banyak persoalan timbul mengenai cukai-cukai tersebut malah asa sesetengah pembeli mungkin meletakkan pembelian mereka kerana mereka tidak benar-benar tahu,” kata penganalisis industri Rebecca Lindland dari Kelley Blue Book kepada media. – AFP