Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pameran CES tampil pelbagai produk

    LAS VEGAS – Patung kucing gebu yang boleh menggigit jari dan kipas penyejuk untuk pelitup muka anti-COVID-19 yang sentiasa ada: Pameran Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas kelmarin menawarkan sekilas pandang bagi pertemuan tahun ini.

    CES, salah satu pameran perdagangan terbesar di dunia, sedang berlangsung dengan edisi bersemuka selepas diadakan secara dalam talian tahun lepas akibat pandemik COVID-19.
    Berikut adalah produk tepat pada masanya – dan unik – yang akan dipamerkan pada konvensyen Rabu hingga Jumaat.

    Penyejuk pelitup muka

    Usahawan, Eric Fouchard berasa sentiasa merasa panas dan lemas ketika memakai pelitup muka anti-COVID-19, jadi dia menghasilkan sistem pengudaraan kecil yang boleh dipasang semasa memakai pelitup muka tersebut.

    Kipas dipasang dengan menggunakan magnet dan dikuasakan oleh bateri kecil yang boleh dicas semula terletak pada tali di belakang leher pengguna.

    “Cara pertama untuk menggunakannya ialah apabila awda berada di dalam kapal terbang atau kereta api,” dia memberitahu AFP. “Yang kedua ialah semasa awda bekerja dan awda perlu mengeluarkan wap pada cermin mata awda.

    “Penapisan pelitup muka tetap sama,” kata Fouchard, seorang warga Perancis, mengenai sistem Aeronest tersebut.

    Salah seorang peserta yang menyertai pameran teknologi CES di Las Vegas. – AFP
    Seorang peserta meletakkan jari ke dalam mulut patung kucing Yukai Engineering Inc. – AFP
    Alexander Mordvinoff menunjukkan pelitup muka Airxom yang memberikan perlindungan aktif terhadap kesan pencemaran udara, bakteria dan virus termasuk COVID-19. – AFP

    CES merupakan salah satu pameran terbesar teknologi yang kembali diadakan secara bersemuka selepas diadakan secara dalam talian tahun lalu akibat penularan COVID-19. – AFP

    Gigitan lembut

    Ungkapan Jepun ‘amagami’ diterjemahkan sebagai ‘gigitan lembut’ dalam bahasa Inggeris. “Kami mendapati ia sangat selesa dan kami ingin membawanya ke dunia,” kata usahawan Jepun, Shunsuke Aoki.

    Dia mengubah dorongan itu menjadi makhluk kecil bertenaga bateri yang menggigit secara lembut jari awda. Aoki mengatakan anjing atau kucing kecil itu akan melakukan perkara yang sama tanpa bahaya, yang orang ramai merasa selesa – sambil menyatakan bahawa dia suka membiarkan alat tersebut menggigit jarinya semasa memandu.

    “Semasa situasi COVID-19, orang ramai tinggal di rumah setiap hari, ia memberi awda keselesaan yang sangat baik,” tambahnya.

    Siapa memandu?

    Siapakah yang memandu kereta lumba yang dijadualkan akan mencecah trek di CES? Jawapannya ialah tiada sesiapa.

    “Ia dipandu sendiri sepenuhnya. Terdapat perisian yang memberitahu kereta tersebut apa yang perlu dilakukan,” kata Paul Mitchell, presiden dan ketua pegawai eksekutif rangkaian sistem tenaga, penganjur pertandingan perlumbaan cabaran autonomi Indy.

    “Ia mengambil maklumat daripada sensor dan ia memberitahu kereta sama ada hendak membelok, berhenti, memecut atau memotong kenderaan lain,” tambahnya.

    Kereta autonomi akan berlumba pada hari Jumaat di litar lumba motor Las Vegas pada kelajuan sehingga 260 kilometer sejam.

    Latihan itu bukan hanya untuk keseronokan: Mitchell berkata pertandingan itu menguji teknologi autonomi pada kelajuan tinggi supaya suatu hari nanti, kereta boleh beroperasi sendiri di lebuh raya.

    “Kereta lumba dan perlumbaan secara amnya adalah platform yang hebat untuk mendorong teknologi bagi kelebihan mutlak,” tambahnya.

    Pelitup muka serba guna

    Plastik putih pelitup muka ini menutupi hidung dan mulut – dan kelihatan seperti daripada Star Wars.

    Tetapi pencipta mereka berkata mereka boleh menghentikan pencemaran, bakteria dan juga COVID-19. Disambungkan ke peranti yang dipakai tali pinggang, ia mengandungi penapis ‘aktif’ yang mampu memusnahkan zarah halus dan patogen serta bahan pencemar. “Ia adalah alat yang hebat untuk melawan krisis COVID-19,” kata Franck Glaizal, pengasas bersama Airxom.

    “Pelitup muka tradisional tidak 100 peratus kedap udara, udara melalui bahagian tepi. Pelitup muka kami kedap udara sepenuhnya,” kata Trong Dai Nguyen, jurutera di syarikat tersebut.

    Model semasa akan dikeluarkan dalam beberapa bulan, dengan harga kira-kira AS$340. “Jika awda menukar pelitup muka (pembedahan) setiap empat jam, selepas tiga tahun ia lebih mahal daripada pelitup muka kami,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...