Pameran filem animasi hiburkan pengunjung

CANBERRA – Adakah anda teringin untuk melihat Berk berada di belakang naga yang terbang tinggi, atau membuat Po tersenyum dan berinteraksi dengan Kung FU Panda? Pameran baharu di Muzium Kebangsaan Australia (NMA) akan memberi peluang kepada pengunjung untuk berada lebih dekat dengan idola zaman kanak-kanak mereka.

Muzium Kebangsaan Australia akan melancarkan sebuah Animasi DreamWorks: The Exhibition yang diadakan pada baru-baru ini sehingga 2 Februari 2020, dengan memaparkan lebih daripada 400 pertunjukan 2020, iaitu daripada 33 filem animasi DreamWorks, termasuk Shrek, Madagascar, Kung Fu Panda, Prince of Egypt, dan How to Train Your Dragon.

Pameran tersebut memaparkan konsep-konsep lukisan, papan cerita, topeng-topeng, peta-peta, gambar-gambar, poster, lukisan dan karya seni asli yang lain, dengan membawa pengunjung dalam perjalanan dari sketsa hingga ke skrin.

Semua akan menyukai pertunjukan ini termasuk peminat animasi dan pembuatan filem, orang dewasa dan keluarga,” kata Mathew Trinca, pengarah NMA.

“Antara kehebatan pertunjukan ini adalah ia akan membawa anda ke sebalik tabir filem-filem ini, dan menerangkan bagaimana filem-filem itu dibuat, melihat kreativiti orang-orang di sebalik tabir itu terbentuk dan merasa perasaan ketika mereka membuat filem,” katanya kepada Xinhua.

Model 3D yang dibuat dan digunakan untuk filem Dreamworks di pameran DreamWorks Animation di Muzium Kebangsaan Australia. Canberra. – Xinhua
Salah seorang pengunjung bergambar bersama watak Kungfu Panda, Po. – Xinhua
Model 3D watak-watak dalam filem Shrek. – Xinhua
Para guru dan pelajar dari sekolah tempatan dan pengunjung lain bergambar di pameran DreamWorks Animation. – Xinhua

Pameran tersebut dicipta oleh Pusat Pemindahan Imej Australia dengan kerjasama DreamWorks Animation yang telah mempamerkan di seluruh dunia sejak 2014 sebagai pameran pertama yang terbesar, pameran di sebalik tabir dibuat untuk meraikan 20 tahun filem DreamWorks Animation dan artis-artis di sebalik tabir.

Trinca berkata bahawa beliau menyukai model watak-watak pada awal pertunjukan, iaitu patung 3D watak-watak dari pelbagai filem.

“Sebelum kami mengunjungi pameran itu, saya membayangkan bahawa pasti akan mengandungi skrin utama dan gambar-gambar sahaja, saya gembira kerana mengetahui bahawa terdapat objek 3D dan mereka menunjukkan anda bagaimana orang yang membuat filem-filem ini perlu memikirkan watak-watak itu sebagai watak sebenar, watak-watak dalam ruang, bukan hanya sekadar di dalam halaman.”

Mereka dibuat dan digunakan oleh para artis dalam DreamWorks Animation untuk memahami watak-watak, bagaimana rupa dan perasaan mereka dalam kehidupan sebenar,” kata kurator pameran Kate Morschel kepada Xinhua.

“Kemudian mereka menggunakannya sebagai rujukan dan menterjemahkannya ke dalam filem-filem animasi yang kita pernah saksikan, ketahui dan menyayanginya.”

Bercakap mengenai model watak-watak dalam filem Antz, salah satu filem terawal dibuat oleh DreamWorks pada tahun 1998, beliau berkata “anda boleh melihat semua garis pensel pada mereka, dan mereka benar-benar kelihatan seperti mereka baru muncul dari studio seni.”

Morschel berkata, antara kemuncak pameran itu adalah beberapa karya seni yang indah dari filem-filem seperti The Croods, sebuah konsep lakaran memberitahu kepada penonton bagaimana dunia itu ditetapkan untuk semua watak dalam filem tersebut.

“Mereka mempunyai lakaran yang indah daripada beberapa pokok terawal dan mereka benar-benar menyerupai kerang, Anda mendapat gambaran bahawa ia benar-benar suatu tempat musuh dan tempat yang sukar untuk didiami,” katanya.

Penonton Cina mungkin mengetahui dengan tiga figura yang dibuat iaitu Mei Mei, Li Shan dan Mr. Ping. Enam skrol fabrik seperti lukisan tradisional China telah digantung di dinding. Dalam filem Kung FU Panda 3, pengeluar reka bentuk Dreamswork telah mereka skrol, diilhamkan oleh skrol China pada masa beberapa ribu tahun yang lalu. Pameran itu juga menggalakkan pelawat berinteraksi, melakukan persembahan animasi di bahagian muka sambil mengubah emosi watak, serta melihat pemandangan melalui mata naga di skrin besar, berpura-pura untuk terbang bersama seekor naga.

Mereka juga boleh menjadi pembuat animasi di ruang lukisan dengan menggunakan teknologi dan perisian yang sama digunakan oleh artis-artis DreamWorks untuk membuat lukisan mereka sendiri dan urutan filem animasi pendek.

Marek Kochout, telah menyelia pembuat animasi DreamWorks Animation, yang berasal dari Queensland, terpesona dengan filem-filem sejak muda lagi.

Pameran itu juga boleh memberi inspirasi kepada golongan muda, kata Mathew Trinca.

“Pada setiap karya yang dipamerkan merupakan cerita-cerita yang hebat, 200 tahun yang lalu kita mungkin telah menceritakan kisah melalui majalah atau buku yang diterbitkan setiap minggu,” katanya.

Pameran ini merupakan suatu bentuk untuk bercerita yang berbeza, tetapi masih bercerita. Jadi saya berasa cerita-cerita ini memberikan inspirasi, dan mereka akan memberi inspirasi kepada generasi akan datang. – Xinhua