Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pameran fotografi di Ibu Pejabat Bank Baiduri

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Dalam usaha menyokong industri seni tempatan, Bank Baiduri selaku penaja platinum acara Pertandingan Fotografi Borneo Bulletin, mempamerkan hasil karya para pemenang di Atrium, Ibu Pejabat Bank Baiduri sehingga 14 Oktober ini.

    Pengunjung akan berpeluang melihat hasil karya empat pemenang teratas bagi setiap kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Tenaga dan Industri, Kecergasan dan Sukan, Makanan dan Gaya Hidup, Orang dan Budaya, serta Tempat dan Mercu Tanda.

    Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui berkata, “Selaras dengan fokus inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami untuk membantu membangunkan dan memupuk artis tempatan serta seni dan budaya di negara ini, Bank Baiduri dengan bangganya mempamerkan karya seni mereka untuk tatapan orang ramai”.

    Menurut beliau, bank berkenaan telah menyokong pertandingan fotografi tersebut sejak 2019 tetapi kali ini lebih tertumpu kepada masyarakat dan dengan ibu pejabat yang lebih besar, mereka telah dapat menyediakan ruang untuk peminat fotografi mempamerkan hasil karya mereka.

    Pengunjung tidak melepaskan peluang melihat hasil karya pemenang-pemenang Pertandingan Fotografi Borneo Bulletin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...