Pameran Fotografi Raja di Hati Rakyat ditangguh

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Pameran Fotografi Raja di Hati Rakyat sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-75 tahun bagi Daerah Tutong dan Temburong akan ditangguhkan ke satu tarikh dimaklumkan kemudian.

Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan bahawa penangguhan berkenaan adalah berikutan dengan perkembangan terkini COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan itu, semua orang diseru supaya dapat sama-sama merafakkan doa semoga Negara Brunei Darussalam akan terpelihara dan mendapat perlindungan dari Allah SWT.