Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pameran Hari Perancangan Bandar Sedunia pada 15 November

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV – Orang ramai dialu-alukan untuk hadir bagi menyaksikan pameran sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Ruang Legar Tingkat Bawah, Pusat Membeli-belah Times Square, Jaya Setia Berakas pada 15 hingga 17 November.

    Pameran selama tiga hari berkenaan yang membawa tema, Localizing Sustainable Development Goals in Land Use Planning and Development Control akan memuatkan lima segmen pameran.

    Antara lain tujuan pameran tersebut adalah untuk mendekati orang awam dan seterusnya membarigakan peranan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) khususnya melalui dasar dan initiatif perancangan guna tanah dan kawalan kemajuan bersepadu dalam menerajui hala tuju kemajuan negara ke arah pembangunan mampan.

    Pameran itu juga akan membukakan platform interaksi dua hala bagi pihak awam yang ingin mengetahui lebih lanjut atau mengongsikan maklum balas mengenai perancangan kemajuan di negara ini di segmen pameran What’s your Say Corner.

    Melalui segmen Ask Us Corner pula, orang awam berpeluang berhubung secara langsung untuk bertanya atau mendapatkan nasihat perancangan bagi hal-hal berkenaan proses permohonan kemajuan berkaitan dengan proses membina rumah, bangunan perniagaan, perusahaan dan sebagainya.

    Segmen berkenaan juga akan disertai oleh agensi kerajaan yang lain iaitu Jabatan Tanah, Autoriti Kawalan Kemajuan dan Industri Pembinaan, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda