Pameran kasut luar biasa di Istana Pitti

FLORENCE, ITALI – Tatkala musim sandal menjelang, satu pameran kasut purbakala baharu di sebuah muzium terkenal di Itali berusaha mengingatkan masyarakat hari ini bahawa apabila ia membabitkan fesyen, lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang Rom.

Kasut jenis klasik sentiasa menjadi fesyen, seperti yang terbukti dalam pameran baharu di Istana Pitti, Florence, yang menjejaki pengaruh sandal yang luar biasa besar dalam fesyen dan filem kontemporari, memberikan rasa keterujaan dalam era moden ini dengan keanggunan zaman purbakala.

Pameran At the Feet of Gods: Seni kasut dalam zaman Rom purbakala, filem epik dan fesyen kontemporari memaparkan 80 hasil kerja daripada arca dan pasu hiasan kepada sandal purba dan baharu, kebanyakannya dipinjam daripada muzium antarabangsa.

Pameran itu, yang berjanji akan memuaskan perasaan ingin tahu penggemar kasut dan pemakai Crocs plastik, akan berlangsung sehingga 19 April.

“Dengan pameran ini, kami berusaha menjadikan kasut, lazim dianggap sebagai satu aksesori, satu pendukung,” beritahu Fabrizio Paolucci, salah seorang kurator, kepada AFP.

Pada zaman purbakala, kasut berfungsi sebagai ‘kad identiti’ untuk pemilik mereka. – Agensi

Kasut Greece membuka laluan beberapa kurun kemudian untuk ‘caliga’ yang dipakai oleh tentera Rom. – Agensi

Pada zaman purbakala, kasut berfungsi sebagai ‘kad identiti’ untuk pemilik mereka.

Mereka boleh mendedahkan banyak maklumat mengenai pemakai – seperti jantina mereka, pekerjaan atau status ekonomi – lebih-lebih lagi pada hari ini, apabila pilihan sepasang kasut tumit tinggi merah Christian Louboutin, lambang atau ortopedik Nike namun Birkenstocks yang lebih bergaya sekarang mempunyai makna tersendiri.

Sandal tersebut, dengan tarikh pelopor prasejarah wujud 10,000 tahun dahulu, berkembang di bawah pemerintahan Greece purbakala.

Kaki yang amat besar dalam marmar dan gangsa, saki-baki bahan peninggalan yang musnah serta objek lain, dikumpul bersama dalam pameran, kesemuanya dihiasi dengan ‘krepides’ – sandal yang diikat menerusi lingkaran tali untuk menutup kaki.

Kasut yang halus buatannya itu juga dilihat pada barang tembikar bertarikh seawal pada abad kelima sebelum Masihi.

Pada satu pasu, Eros, dilihat membantu seorang perawan menukar kepada sandal yang mendedahkan kulit yang akan dipakainya semasa menjadi pengantin.

Pada satu pasu hiasan Etruscan, seorang gundik tanpa pakaian mengikat sandalnya di mana tapak kasut berpaku meninggalkan kesan di atas permaidani dengan ejaan ‘Ikut saya.’

Kasut Greece membuka laluan beberapa kurun kemudian untuk ‘caliga’ yang dipakai oleh tentera Rom, contoh tulen sebagaimana yang dilihat dalam pameran, kulit mereka masih berada dalam keadaan elok.

Sandal bertumit rendah dengan ibu jari terdedah, diperkukuhkan dengan stad besi ditukul dalam tapak kasut dan ada kalanya dipakai bersama sarung kaku, adalah kasut paling sesuai untuk tentera Rom, yang sering berkawat sejauh 35 kilometer sehari.

Mereka juga inspirasi paling ideal untuk pereka kostum Hollywood yang ditugaskan menggunakan khidmat beribu-ribu pelakon tambahan dalam filem ‘pedang-dan-sandal’ pada tahun 1950 dan selepas itu, daripada ‘Ben Hur’ pada 1959 dan ‘Cleopatra’ pada 1963 kepada ‘Gladiator’ pada 2000.

Pameran itu meletakkan objek lama dengan kasut daripada filem berkenaan, termasuk but perang dan emas yang dipakai oleh Charlton Heston dalam filem ‘Bun Hur’ – versi Doc Martin Rom lama – atau kasut tumit rendah emas yang dipakai oleh Elizabeth Taylor dalam filem ‘Cleopatra.’

“Kasut dalam filem menawarkan beberapa perbandingan yang amat tepat berdasarkan kajian terperinci tentang bagaimana kasut berkenaan dicipta,” kata Lorenza Camin, seorang lagi kurator.

“Yang lainnya adalah tidak begitu tepat.”

Satu kes misalnya adalah filem ‘Alexander’ pada 2004 yang membintangi Colin Farrell mengenai jeneral Greece dengan nama yang sama – di mana pelakon berkenaan memakai kasut Rom.

Difilemkan dalam bilik istana yang penuh dengan hiasan, pameran lebih moden yang menunjukkan kasut purbakala akan menyebabkan Imelda Marcos pengsan.

Hanya segelintir yang akan terkenangkan gladiator dengan ibu jari besar apabila merenung but pergelangan kaki emas silang-menyilang daripada jenama Itali Genny pada 1994 atau sandal tumit tinggi paras paha Emilio Pucci yang terdiri daripada 26 jenis kulit – paling sesuai untuk seorang wanita Rom yang berkuasa.

Ciptaan yang menerima inspirasi Rom oleh Yves Saint Laurent, Ferragamo dan Richard Tyler semuanya dipamerkan, dan mengakhiri pameran, sepasang sandal merah Rene Caovilla dengan tali seakan-akan ular dan diukir timbul dengan kristal Swarovski melingkari buku lali.

Dan sekiranya kaki berkudis, pameran juga mempunyai pemanas kasut terapeutik abad kedua di mana cecair panas akan dituang ke dalam satu lubang atau rongga yang menutup bentuk kaki seramik.

Gladiator, tentera – dan pemakai kasut kasut tumit tinggi era moden – akan berasa bersyukur. – AFP