Pameran kasut sniker unik di Melbourne

MELBOURNE, 29 APRIL – ‘Kasut sniker Mona Lisa’ dipamerkan di Melbourne hari ini, bersama baju lama Michael Jordan dan kira-kira 100 kasut jarang ditemui yang lain, justeru menawarkan gambaran dalam pasaran menguntungkan dipacu oleh peminat tegar ‘sneakerhead’ dan pelabur.

Firma lelongan dalam talian, eBay membuka Museum of Authentics selama tiga hari dalam usaha untuk menarik pasaran penjualan semula kasut sniker yang lebih besar, yang melambung semasa pandemik.

“Kami mempamerkan dan menayangkan beberapa kasut sniker yang jarang ditemui dan paling ikonik di dunia,” menurut pakar sniker eBay, Alaister Low kepada AFP menjelang pembukaan di bandar pinggir bandar, Brunswick. – AFP

Antara kasut sniker yang jarang ditemui dipamerkan di Melbourne, kelmarin.- AP