Pameran kereta jerman IAA dibuka selasa

MUNICH, JERMAN, 5 SEPT – Pameran kereta baharu Jerman, IAA, salah satu terbesar di dunia, dibuka di Munich pada Selasa untuk meraikan kereta-kereta di seluruh dunia.

Selepas edisi yang mengecewakan pada 2019, terjejas oleh bantahan alam sekitar, jumlah pelawat yang tidak memberangsangkan dan tanpa kehadiran pengeluar kereta utama, acara dwitahunan itu telah mencipta semula dirinya sebagai ‘pameran mobiliti’ dengan tumpuan pada kereta elektrik, skuter malah basikal.

Diadakan di Frankfurt, IAA akan diadakan buat pertama kalinya di bandar Bavaria Munich sebagai sebahagian daripada usaha untuk memulihkan acara.

Pameran enam hari itu akan menjadi salah satu pameran terbesar sejak bermulanya pandemik koronavirus, diadakan ketika Jerman bergelut dengan gelombang keempat.

Untuk mengurangkan risiko jangkitan, jumlah pelawat harian ditetapkan pada 80,000 dan pengunjung mesti menunjukkan bukti vaksinasi, telah sembuh atau ujian negatif terbaharu sebelum masuk.

Mengesahkan trend yang dilihat di pameran kereta di seluruh dunia, banyak jenama terkenal sekali lagi tidak akan dipaparkan pada pameran, antaranya kumpulan Stellantis (Peugeot-Fiat-Chrysler) dan Toyota Jepun.

Juga tidak mengambil bahagian adalah pembuat kereta elektrik Tesla, meninggalkan penganjur IAA mengharapkan lebih daripada 70 pempamer basikal untuk memuaskan pengunjung pada tahun ini, dan menarik yang baharu.

Canselor Angela Merkel, yang akan bersara daripada politik selepas pilihan raya umum pada 26 September, akan menyampaikan ucapan pada Selasa apabila pameran dibuka kepada pelawat perdagangan. – AFP

 

Gambar fail menunjukkan pelawat di petak pembuat kereta Jerman Volkswagen di Pameran Kereta Antarabangsa (IAA) di Frankfurt am Main. Pameran kereta IAA akan dibuka pada 7 September 2021 di Munich. – AFP