Friday, December 9, 2022
22.7 C
Brunei

-

Pameran ketengahkan sistem Blended Learning

Oleh Ak Zaki Kasharan & Mu’min Karim

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Sekolah Rendah Nakhoda Abdul Rashid, Menunggol telah mengetengahkan sistem Blended Learning iaitu pendekatan yang digunakannya semasa negara dilanda pandemik, dalam pameran Sambutan Hari Guru ke-32 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), hari ini.

Selain itu, sekolah berkenaan juga mengetengahkan kaedah Guided Reading yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan dan pengetahuan kosa kata murid-murid.

Pameran-pameran yang ditampilkan adalah senario sebenar yang dilaksanakan di sekolah tersebut yang melibatkan tenaga pengajar dan murid-murid.

Dalam Blended Learning, Model Putaran Stesen membolehkan pelajar berputar melalui stesen pada jadual tetap, di mana sekurang-kurangnya satu stesen adalah stesen pembelajaran dalam talian.

Model berkenaan adalah yang paling biasa dilaksanakan di sekolah rendah di mana guru memutarkan pelajar melalui ‘pusat’ atau stesen.

Pameran mengetengahkan senario sebenar pendekatan Blended Learning dan Guided Learning yang dilaksanakan di Sekolah Rendah Nakhoda Abdul Rashid. – Gambar oleh Muiz Matdani

Blended Learning di sekolah itu diadakan secara berstesen iaitu dalam kumpulan kecil bagi membolehkan guru menilai dengan lebih baik dan memenuhi keperluan pelajar.

Pembelajaran dijalankan secara berdialog dan berfungsi untuk mengeratkan ikatan antara pelajar dan guru. Manakala itu, putaran stesen membolehkan guru mengubahsuai pengajaran dengan lebih berkesan berbanding di dalam bilik darjah tradisional.

Sementara itu, Guided Reading pula merupakan cara yang berkesan untuk membantu pelajar membina perbendaharaan kata, kelancaran membaca dan kemahiran memahami.

Matlamat utamanya adalah untuk membantu pelajar menggunakan strategi membaca sambil membaca untuk makna secara bebas di mana ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu perbincangan prabacaan, bacaan bebas dan perbinca-ngan pasca bacaan.

Program tersebut mendedahkan pelajar kepada pelbagai jenis genre bagi memastikan pelajar yang mempunyai pelbagai minat bermotivasi untuk membaca, dan terlibat secara berkesan dengan teks.

Guru besar sekolah berkenaan menjelaskan bahawa cabaran-cabaran yang dihadapi dalam penggunaan Blended Learning dan Guided Learning adalah dalam penyediaan sumber yang akan digunakan mahupun dalam melakukan perancangan dan mengambil perhatian murid untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Walau bagaimanapun, dalam menghadapi cabaran yang sedemikian, pihak sekolah telah menerima sokongan yang tidak kendur-kendur daripada Kementerian Pendidikan se-perti kemudahan yang disediakan bagi para kakitangan, guru dan murid.

Pada masa yang sama, beliau juga berhasrat untuk memohon mendapatkan lebih ramai lagi khidmat tenaga pengajar bagi menampung keperluan menjalankan projek-projek yang telah dirancang memandangkan sekolah tersebut merupakan hab modal insan dalam membina identiti generasi masa hadapan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -