Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pameran khas ketengahkan Wawasan UBD 2025

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Pameran Visi Universiti Brunei Darussalam (UBD) 2025 yang diadakan semasa Majlis Konvokesyen UBD ke-33 yang berlangsung Sabtu lalu, mengetengahkan tentang Wawasan UBD 2025.

    Menurut UBD, wawasannya memfokuskan kepada tiga matlamat strategik utama iaitu Towards a University of Lifelong Learning, Towards a University of Research Excellence dan Towards a University of Innovation and Enterprise.

    Pameran khas berkenaan turut menampilkan alumni UBD iaitu Awang Ahmad Fathi bin Dr Haji Norarfan dan Dayangku Fatin Farhana binti Pengiran Norariffin masing-masing mewakili Alya Playhouse sebagai pemilik, pengurus dan penyelia.

    Mula beroperasi sejak Disember 2020, Alya Playhouse merupakan pusat penjagaan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah, memfokuskan kepada kepentingan perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak melalui aktiviti harian belajar sambil bermain.

    Memandangkan Alya Play-house menghadapi permintaan yang tinggi, mereka merancang untuk mengembangkan ruang semasa mereka di Tanah Jambu dan membuka cawangan lain di Daerah Tutong.

    Awang Ahmad Fathi dan Dayangku Fatin Farhana yang mewakili Alya Playhouse menyertaikan pameran berkenaan.
    Pameran khas berkenaan juga mengetengahkan kerjasama industri mengenai pokok gaharu.
    Awang Ahmad Fathi dan Awang Abdul Muid dari Fatih Aquaculture semasa pameran khas berkenaan.

    Pusat penjagaan tersebut telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 10 orang anak tempatan termasuk perantis i-Ready, kakitangan sepenuh masa dan sambilan yang mengambil jawatan sebagai penjaga, pegawai pemasaran dan pengurus.

    Pembesaran pusat itu bukan sahaja menangani permintaan yang semakin meningkat, malah ia akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutama kepada penduduk tempatan.
    Awang Ahmad Fathi yang merupakan pemilik Fatih Aquaculture mewakili perusahaan pada pameran yang sama bersama pengurusnya, Awang Abdul Muid bin Abdullah.

    Fatih Aquaculture bermula pada Julai 2020 di mana mereka menggunakan sistem akuakultur kitar semula berasaskan tangki yang hanya dibuat di halaman belakang rumah mereka, dengan menggunakan dua tangki yang terdiri daripada 200 ikan dan sehingga kini, telah berkembang sebanyak enam tangki.

    Sejak menamatkan pengajian pada 2020, graduan biologi itu telah menghasilkan lebih setengah tan tilapia merah. Kepakaran mereka telah berjaya menternak anak Ikan tilapia merah, yang merupakan satu kejayaan penting untuk akuakultur tempatan, di mana hanya segelintir syarikat tempatan pada ketika ini mengeluarkan anak benih untuk dibekalkan ke ladang ikan di seluruh negara.

    Pameran terakhir adalah mengenai Preliminary Investigations into the Determination of Bioactive Compounds and Mineral composition in Aquilaria (Agarwood Leaves Found in Brunei Darussalam) berdasarkan kerjasama penyelidikan antara UBD dan PAHAYTC Sdn Bhd.

    Diberi nama tempatan gaharu dan ia merupakan sejenis kayu damar yang wangi dan gelap dan merupakan salah satu yang paling mahal di dunia, di bentuk di bahagian tengah pokok aquilaria sebagai mekanisme pertahanan terhadap jangkitan, resin aromatik gelap sering digunakan untuk membuat minyak wangi.

    Penyelidikan berkenaan bertujuan untuk menentukan komposisi fitokimia dan mineral bahagian berlainan tumbuhan aquilaria yang tidak dijangkiti tempatan seperti biji, daun dan kulitnya, di samping ia juga menyiasat kesan daripada penyediaan dan syarat pada komposisi fitokimia dan mineralnya.

    Hasil daripada kerjasama tersebut, tiga orang pelajar UBD telah diambil sebagai pembantu penyelidik di mana maklumat diperoleh daripada penyelidikan tersebut akan digunakan oleh PAHAYTC Sdn Bhd untuk mencipta produk pengguna keluaran tempatan.

    Selain itu, hasil yang memberangsangkan daripada kerjasama itu juga dapat menyaksikan realisasi ladang gaharu berskala besar.

    Dari situ, kemudahan pengeluaran Teh Gaharu Brunei yang pertama bukan sahaja mampu untuk eksport global tetapi juga menggaji 100 peratus tenaga kerja tempatan, terutamanya untuk penduduk luar bandar dan mereka di sekitar kawasan projek.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...