Friday, March 24, 2023
26.3 C
Brunei

-

Pameran kompos di Festival Eko

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Dalam meningkatkan kesedaran mengenai pengkomposan, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) akan mengadakan pameran pengkomposan (Composting 101) yang mana merupakan sebahagian daripada Festival Eko pada 24 Jun ini di Kompleks Yayasan, sempena Minggu Tindakan Iklim pada Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022.

Pameran tersebut mendapat sokongan empat buah syarikat tempatan iaitu Kilang Reroot, Ecoponies dan PLUG Back-yardfarm, K.N. Nursery Sdn Bhd dan CIC Environmental Services Sdn Bhd. Pengisian pameran itu merangkumi penerangan mengenai kompos, demonstrasi tentang apa dan cara membuat kompos serta tips umum tentang cara memulakan pengkomposan.

Pengkomposan ialah proses semula jadi untuk mengitar semula bahan organik seperti sisa daun dan sayur-sayuran menjadi baja yang kaya dengan nutrien dan menggalakkan kualiti tanah bagi membantu pertumbuhan tumbuhan.

Antara faedah pengkomposan ini, ia dapat membantu meningkatkan kesihatan taman dan struktur tanah dengan menambah nutrien selain mengurangkan penggunaan air di taman.

Di samping itu, ia dapat menjimatkan perbelanjaan untuk baja dan sungkupan. Selain itu, ia menjimatkan ruang tapak pelupusan sampah dan mengurangkan gas rumah hijau (GHG) yang dihasilkan oleh bahan reput di tapak pelupusan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -