Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pameran kumpul kereta klasik, moden

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Atas jemputan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Kelab Benzer Brunei Darussalam telah mengadakan Pameran Kereta Klasik dan Moden Terbuka sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-17, di kawasan letak kereta Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, hari ini.

    Acara tersebut telah berjaya mengumpul sebanyak 160 buah kereta klasik dan moden yang disusun untuk dipamerkan kepada orang ramai dan dinilai oleh para juri.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, KKBS, Haji Rosfazillah bin Haji Yusly.

    Pelbagai kategori telah dipertandingkan antaranya Kereta Euro Terbaik, Kereta Jepun Terbaik, Kereta Klasik Terbaik, Kereta Terbaik (pilihan tetamu kehormat), Kereta Terbaik (pilihan ramai), Pendaftar Pertama dan Ruang Enjin Terbaik.

    Antara kelab-kelab yang menyertai acara tersebut ialah Persatuan Pacuan Empat Roda, Boostline, Borneo Kustom Show, BMW Bimmer Generation Team, B’Volks Aircooled Cluba (BVAC) dan pelbagai lagi.

    Haji Rosfazillah menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pada pameran yang berlangsung di kawasan letak kereta Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.
    Suasana semasa aktiviti pameran yang diadakan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...