Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pameran Motor Tokyo dibatalkan akibat pandemik

    TOKYO, 22 APRIL – Pameran Motor Tokyo tahun ini telah dibatalkan buat pertama kalinya disebabkan koronavirus, kata kumpulan industri auto Jepun hari ini.

    Pameran kereta dua tahun sekali itu – adalah acara industri terbesar Jepun – telah dijadualkan diadakan pada musim sejuk, selepas Olimpik Tokyo berlangsung pada musim panas ini.

    Pameran Tokyo terakhir pada 2019 menarik sekitar 1.3 juta orang, menurut Persatuan Pengilangan Automobil Jepun (JAMA).

    Namun acara tahun ini dibatalkan kerana ‘ia sukar untuk menawarkan program utama kami dalam persekitaran selamat dan terjamin’, kata pengerusi JAMA, Akio Toyoda selaku ketua Toyota.

    Jepun berdepan peningkatan dalam kes COVID-19 yang dipacu oleh varian mudah berjangkit dengan perintah darurat kecemasan dijangka akan dikenakan di Tokyo dan bandar-bandar besar lainnya.

    Pandemik juga mencetuskan kacau bilau rancangan Olimpik 2020, yang dijangka akan bermula pada 23 Julai ini.

    Bahagian relai obor awam telah dibatalkan sementara beberapa acara ujian dan kelayakan telah dibatalkan atau ditangguhkan. – AFP

    Kereta elektrik bZ4X buatan Toyota Motor Corp dipamerkan di pameran auto Shanghai pada Isnin. – Bloomberg
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda