Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pameran Pendidikan Antarabangsa mendapat sambutan

    Oleh Imelda Groves HA

    Gambar oleh Bahiyah Bakir

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jan – Wakil-wakil dari 20 universiti dan kolej di United Kingdom (UK), lapan universiti dan kolej di Amerika Syarikat (AS) dan sebuah di Kanada telah menyertai Pameran Pendidikan Antarabangsa anjuran Findlay yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini, hari ini.

    Universiti-universiti di UK termasuk De Montfort, Derby, Lanceaster, Nothumbria, Portsmouth, Queen’s Belfest, South Wales, Southampton Solent, St. Andrew’s, Surrey dan Wolverhampton. Manakala dari AS pula termasuk Drew, Oregon State, George Mason, James Madison, Colorado State, Alabama di Birmingham, St. Louis dan South Florida, manakala itu, dari Kanada ialah Centennial College di Ontario.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, bagi menyokong rakyat Brunei yang sedang mencari peluang pekerjaan di sektor swasta, Findlay telah menjemput tenaga kerja profesional terkemuka untuk berinteraksi bersama pelajar-pelajar yang berminat dan membantu mereka membuat keputusan berdasarkan fakta mengenai kerjaya dalam bidang masing-masing.

    Pengarah Findlay, Sunita Martin dalam kenyataan itu berkata, slogan mereka adalah ‘Penyelesaian untuk Pendidikan, Pekerjaan dan Kecemerlangan’.

    Katanya lagi, mereka berhasrat untuk menyokong pelajar Brunei dari apabila mereka mula memikirkan mengenai pilihan pendidikan tinggi sehingga mereka mendapat pekerjaan pertama mereka, dalam erti kata lain, untuk menyokong mereka menjadi lebih boleh dipasarkan.

    Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk mengajukan soalan kepada perwakilan-perwakilan universiti yang menyertai pameran itu.
    Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk mengajukan soalan kepada perwakilan-perwakilan universiti yang menyertai pameran itu.
    Antara yang hadir pada pameran pendidikan tersebut.
    Antara yang hadir pada pameran pendidikan tersebut.

    “Kami telah mendapati bahawa pelajar memberikan tindak balas yang baik kepada peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan profesional-profesional berpengalaman.

    “Dengan berbuat demikian, mereka boleh membuat keputusan berdasarkan fakta mengenai kursus-kursus bersesuaian yang bukan sahaja penting kepada kekuatan dan minat mereka tetapi dijangka mendapat permintaan pada masa depan.”

    Ini seterusnya, ujar beliau, membuka prospek mendapat pekerjaan terus selepas tamat pengajian dan membuat sumbangan kepada pembangunan negara dan pempelbagaian ekonomi Brunei.

    Beliau seterusnya menambah, “Penyelidikan adalah kunci. Berinteraksi kepada tenaga kerja profesional berpengalaman dan memahami kecenderungan dan minat sendiri akan memberi manfaat bagi kerjaya peringkat tinggi dan kepuasan kerja serta masa depan yang lebih cerah.”

    Sunita Martin ketika ditemui Media Permata.
    Sunita Martin ketika ditemui Media Permata.

    Antara pakar yang hadir semasa acara petang tadi ialah Ketua Perbankan Korporat dan Keinstitusian di Bank Standard Chartered, Pengiran Aki Isamasufian; Ketua Unit Keselamatan Maklumat di Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) Berhad, Awang Yusof Fadli bin Haji Sidek; Pengasas SocialBuzz Advertising, Hiro Tien dan Michelle Chong dari Hengyi Industries.

    Profesional-profesional dari Progresif Cellular Sdn Bhd, Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek Negara Brunei Darussalam (PUJA) dan BICPA turut hadir.

    Di pesta berkenaan, Findlay mewakili universiti-universiti yang ikut serta berkenaan dan akan mempamerkan penilaian psikometri Morrisby Career Profiling untuk pelajar-pelajar yang tidak pasti laluan pendidikan atau kerjaya yang hendak diambil.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan dari Unit Biasiswa, Majlis Akreditasi Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAC) dan Unit Pengajian Tinggi untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda