Thursday, August 11, 2022
30.7 C
Brunei

Pameran pendidikan ASEAN-EU 6 Ogos ini

-

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Dalam memeriahkan lagi ulang tahun ke-45 hubungan dialog antara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU), Sekretariat ASEAN dan Delegasi EU ke ASEAN akan mengungkayahkan Pameran Pendidikan Tinggi ASEAN – EU (AEHEF) 2022 secara maya pada 6 Ogos ini.

Ketua Pembangunan Tenaga Manusia, Jabatan Komuniti Sosiobudaya ASEAN di Sekretariat ASEAN, Rodora T. Babaran merakamkan kegembiraan atas komitmen berterusan EU dalam mengembangkan peluang pendidikan, penyelidikan dan biasiswa di seluruh Eropah dan Asia Tenggara sehingga kini.

Dengan adanya kerjasama ini, ia mampu mengukuhkan dan memperkasakan masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran dan berilmu sehingga mampu menyerlahkan lagi persaingan yang sihat dalam institusi pengajian tinggi di kedua-dua wilayah ini, tambah beliau pada sidang media bersama pengamal media di negara-negara ASEAN dan EU serta para pempamer menerusi platform Zoom Meeting, hari ini.

Turut hadir semasa sidang media itu ialah Ketua dan Penolong Pengarah Pendidikan, Belia dan Sukan, Sekretariat ASEAN, Roger Y. Chao dan Penasihat Politik, Delegasi EU ke ASEAN, Dr David Milliot.

Pameran pendidikan maya yang menampilkan lebih 120 universiti terkemuka dari Asia Tenggara dan Eropah itu akan turut disertai oleh rakan-rakan kongsi dan program dari Rangkaian Universiti ASEAN (AUN), Erasmus+, EURAXESS ASEAN, Global Campus of Human Rights Asia Pacific (APMA), dan SHARE.

Oleh itu, pelajar siswazah dan pasca siswazah, ahli akademik dan penyelidik berumur antara 18 dan 35 tahun dijemput untuk menonton webinar dan pembentangan dari negara-negara pempamer yang terlibat sepanjang pameran dalam talian berkenaan.

Rodora T. Babaran semasa sidang media secara maya mengenai pameran pendidikan berkenaan.
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Virus Langya jangkiti 35 individu di China

BEIJING, 10 OGOS – Saintis-saintis telah mengesan virus baharu yang dikatakan berasal dari haiwan di timur China yang telah menjangkiti puluhan orang, lapor BBC...
- Advertisment -