Pameran perdagangan telefon pintar dunia dibatalkan

BARCELONA, ​​14 FEB – Pembatalan pameran perdagangan telefon pintar teratas dunia adalah satu-satunya pilihan dalam mengatasi kebimbangan koronavirus yang mendorong puluhan syarikat untuk membatalkan pelancaran pameran berkenaan, kata pihar penganjur semalam.

GSMA, persatuan perdagangan telefon pintar yang menganjurkan pameran tahunan, berkata pada Rabu ia akan membatalkan pameran perdagangan besar-besaran yang akan berlangsung di Barcelona pada 24 hingga 27 Februari dan dijangka menarik kira-kira 110,000 peserta.

Kongres Dunia Telefon Pintar 2020 adalah salah satu acara terbesar di seluruh dunia yang akan dibatalkan setakat ini disebabkan koronavirus.

“Kami melihat data dan semalam kami menyimpulkan bahawa sebahagian besar mereka yang merancang untuk hadir tidak akan berada di sana,” jelas ketua eksekutif GSMA John Hoffman semasa sidang akhbar di Barcelona.

“Kami menimbang untuk menangguh acara itu dan sementara ia nampak baik, adalah mustahil untuk meramal bila situasi ini akan berakhir. Oleh itu, ia tidak dapat dilakukan.” Dikenali sebagai COVID-19, epidemik ini telah membunuh 1,367 orang dan menjangkiti hampir 60,000 yang lain, kebanyakannya di China.

Namun sejak minggu lalu, jumlah syarikat yang menarik diri telah meningkat, meskipun jaminan dari kerajaan Sepanyol dan pihak berkuasa tempatan bahawa risiko kesihatan agak rendah di negara di mana hanya dua kes koronavirus di luar kawasan pesisir telah dicatat. Beberapa jam sebelum pengumuman, Vodafone, Nokia, Deutsche Telekom, BT dan Rakuten dari Jepun telah menarik diri, mengikut jejak Intel, Facebook, Cisco dan Vivo China.

“Mustahil bagi kita untuk mengadakan acara ini pada masa ini, ia benar-benar masalah besar,” kata Ketua Pengarah GSMA Mats Granryd, sambil berkata masih awal untuk mengira kos pembatalan itu. – AFP