Pameran peringati penubuhan Jabatan Penjara

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Sempena memperingati penubuhan Jabatan Penjara ke-65 tahun, Ekspo dan Jualan Produk Jabatan Penjara diadakan bermula hari ini di Rimba Point, Tasek Rimba di Kampung Rimba.

Ekspo tersebut dirasmikan oleh Pemangku Pengarah Penjara, Haji Muhammad Isamuddin bin Abdullah Juna selaku tetamu kehormat.

Ekspo selama tiga itu mempamerkan pelbagai produk dihasilkan oleh penghuni-penghuni penjara yang mengikuti program perusahaan serta pertanian seperti meja seterika, meja bilik tamu, rak serba guna, set penyalaian, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya.

Ia bertujuan memperkenalkan produk kraf tangan dan pertanian daripada para penghuni yang mengikuti program pemulihan, selain memberigakan kepada masyarakat amalan pemulihan yang dilaksanakan melalui latihan vokasional dan kemahiran. Ekspo juga dihasratkan dapat menggalakkan usaha pengintegrasian semula rakan seliaan ke dalam masyarakat serta memberikan peluang kepada mereka memperkenalkan produk-produk yang dihasilkan kepada masyarakat.

Haji Muhammad Isamuddin merasmikan Ekspo Pameran dan Jualan Produk Jabatan Penjara 2019.
Haji Muhammad Isamuddin semasa membuat lawatan ke beberapa petak jualan semasa ekspo tersebut.
Antara produk yang dijual semasa ekspo berkenaan.