Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pameran Poland tampil pelbagai karya

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Bersempena dengan ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik antara Republik Poland dan Negara Brunei Darussalam, Kedutaan Besar Republik Poland yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dengan kerjasama Kolej Perdagangan Laksamana (LCB) mengadakan Pameran Poland ‘Mom, I don’t want war!’ yang dilancarkan di kolej berkenaan, hari ini.

    Hadir merasmikan pameran tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Poland ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Profesor Krzysztof Debnicki.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Pengiran Norhashimah binti Pengiran Mohd Hassan.

    Pameran itu menampilkan himpunan hasil karya lukisan kanak-kanak Poland dari tahun 1946 yang menggambarkan pengalaman mereka terhadap perang dunia kedua dan penjajahan Jerman 1939-1945.

    Pada masa sama, pameran turut mempamerkan lukisan kanak-kanak Ukraine yang berhubung kait dengan peperangan yang sedang berlaku di negara mereka ketika ini.

    TYT Profesor Krzysztof Debnicki dan Pengiran Norhashimah pada majlis pelancaran pameran tersebut.
    Antara lukisan yang dipamerkan semasa pameran tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...