Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Pameran sempena Tahun Baharu Rusia

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar Lyna Mohamad

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Kedutaan Rusia di Bandar Seri Begawan telah menganjurkan pameran gambar khusus untuk sambutan Tahun Baharu di Rusia, hari ini.

    Majlis yang berlangsung di kedutaan berkenaan telah dihadiri oleh wakil-wakil Kor Diplomatik dan orang awam yang tidak melepaskan peluang untuk datang mengetahui kisah dan tradisi percutian yang menarik dan berbeza daripada kebanyakan negara di dunia.

    Pada majlis itu, mengalu-alukan dan memberi penerangan bagi majlis dan gambar yang dipamerkan, Charge d’affaires ad interim Andrey Mamaev di kedutaan berkenaan.

    Pada majlis itu, Andrey Mamaev menjelaskan apa yang membezakan perayaan tahun baharu mereka daripada negara lain dan ini berbalik kepada sejarah percutian kerana Rusia hanya menyertai tradisi Eropah menyambut Tahun Baharu pada 31 Disember pada 1700 berikutan titah Maharaja Peter The Great.

    “Pada awalnya, orang Rusia menyambut tahun baharu pada setiap 1 Mac sebelum musim baharu bagi kerja-kerja pertanian,” tambahnya.

    Sama seperti di negara lain di seluruh dunia, Tahun Baharu ialah cuti umum di Rusia dan setiap bandar mempunyai perayaan Tahun Baharu yang istimewa termasuk konsert untuk kanak-kanak, persembahan, pameran percutian yang berbeza.

    “Perayaan Tahun Baharu pastinya yang penting adalah ucapan presiden yang disampaikan sebelum tengah malam di mana beliau akan mengongsikan peristiwa yang berlaku sepanjang tahun, pencapaian dan harapan untuk masa hadapan yang lebih baik,” jelasnya.

    Andrey Mamaev memberikan penerangan mengenai tradisi Tahun Baharu di Rusia kepada para jemputan semasa pameran yang diadakan di Kedutaan Rusia, kelmarin.
    Gambar-gambar yang memperlihatkan keunikan dan tradisi Tahun Baharu Rusia dipamerkan semasa acara tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...