Pameran seni di pinggir bandar Moscow

MOSCOW – Ketika hujan turun pada bulan November yang sejuk, blok apartmen zaman komunis yang mendominasi pemandangan pinggir bandar Moscow kelihatan sangat suram dan ‘terpencil’.

Namun kawasan pinggir bandar yang luas ini merupakan tumpuan bagi pameran seni antarabangsa utama.

Dinamakan sebagai ‘Beyond The Center’ dan ia merupakan acara seni di ruang bandar Moscow yang luas itu mulai musim gugur lalu dan akan berakhir pada bulan Mac 2020. Dengan penyertaan Muzium Vienna dan Forum Budaya Austria, pameran itu menggunakan seni kontemporari bagi meneroka lebih banyak aspek kehidupan yang tersembunyi di luar nukleus ibu kota Rusia.

Simon Mraz, atase kebudayaan Austria ke Rusia dan pengarah forum budaya di Rusia, mengatakan bahawa kawasan ini seakan-akan ‘Real’ Moscow, di mana sekitar 12.6 juta penduduk tinggal di kawasan ini, berada di luar pusat bandar.

“Mereka semua datang ke Moscow dengan membawa beberapa impian, berdepan pelbagai perjuangan, berharap untuk masa depan yang lebih baik. Mereka tidak akan mendapatkannya di Dataran Merah dan setentunya bukan di Kremlin,” kata Mraz, kurator pameran, kepada Associated Press.

Projek pembaharuan bandar itu bertujuan untuk menarik perhatian pelawat Piala Dunia ke Moscow pada tahun 2018 namun tidak sampai ke bandar Liublino. – AP

Walaupun terdapat penurunan yang mendadak khususnya dalam bilangan penduduk Rusia namun Moscow terus berkembang – didorong oleh kemasukan orang ramai yang berusaha untuk mencari sumber pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik. Cabaran yang dihadapi oleh Rusia moden ialah lapisan sosioekonomi dan gabungan etnik dari seluruh bekas Kesatuan Soviet.

Berasal dari Selatan Rusia, pelukis, Pasmur Rachuiko menawarkan satu pandangan luar yang ekstrem tentang realiti Moscow. Gambaran tentera burka, polis dan serigala mewarnai dinding-dinding bangunan pinggir bandar, imej samseng yang mempunyai sayap malaikat dan wanita muda yang membawa senapang AK-47 seakan-akan keluar dari kanvas lukisan. Rachuiko menggambarkan dirinya sebagai ‘Everyman’ sekali gus sebagai contoh bagi Rusia baharu.

“Watak-watak ini merupakan dunia peribadi saya, namun tinggal di Rusia pada hari ini, saya melihat simbol-simbol ini di sekeliling saya,” kata Rachuiko, di mana pamerannya berada di Pusat Gogol di ibu negara, Moscow.

Lukisan-lukisan tersebut mencetuskan penolakan dari Jabatan Kebudayaan Moscow, akan tetapi Rachuiko mendapat sokongan daripada Pertubuhan Seni, termasuk pengarah teater, Kirill Serebrennikov, yang masih dalam ancaman daripada pihak berkuasa selepas dipenjarakan dalam rumah dalam jangka waktu yang panjang.

Projek pembaharuan bandar itu bertujuan untuk menarik perhatian pelawat Piala Dunia ke Moscow pada tahun 2018 namun tidak sampai ke bandar Liublino. Dalam zon perindustrian yang usang ini, ‘Muzium Kebudayaan Perindustrian’ menempatkan koleksi peribadi objek yang dibuang, ditemui oleh bekas jurutera auto, Lev Zheleznyov.

Ia merupakan sejarah sosial lebih daripada 70 tahun komunisme, mengenali dari masa lalu untuk dikongsi bersama. “Ia berperanan seperti muzium ingatan. Kami tidak begitu berminat bagaimana lampu itu berfungsi, namun ia adalah rumah milik seseorang,” kata Zheleznyov.

Warisan Soviet seakan terasa masih di sini, kata Mraz. “Di sinilah kerajaan yang hancur menjadi realiti kehidupan,” tambahnya. Zubarevich, ahli sosiologi, berharap masyarakat awam akar umbi akan berkembang khususnya di daerah kediaman Moscow akan tetapi ia adalah trend sosial yang Kremlin perlu berhati-hati dari sebarang aktivisme politik membawa kepada penindasan.

“Bandar ini memperlihatkan apa yang Rusia boleh lakukan,” katanya. “Itulah harapan kami untuk kemodenan,” tambahnya kepada media. – AP