Pameran Seni Picasso dan Matisse

CANBERRA – Artis Sepanyol, Pablo Picasso pernah berkata: “Tiada siapa yang pernah memandang karya Matisse seperti yang saya lakukan. Juga pandangannya terhadap karya ku.”

Sebuah pameran di Galeri Nasional Australia (NGA) akan menerokai perhubungan antara kedua pesaing artistik yang hebat dalam sejarah: Picasso dan Henri Matisse.

Ia dibuka pada hari ini, ia diletakkan bersebelahan lebih daripada 200 lukisan, ukiran, buku ilustrasi dan pakaian mereka berdua, kebanyakan disimpan di selatan hemisfera untuk kali pertama. Ia akan berlangsung sehingga 13 April tahun hadapan.

Pengarah NGA, Nick Mitzevich berkata Matisse an Picasso membawa perubahan yang baharu dalam seni mereka.

“Kedua-dua artis ini merupakan artis yang suka bereksperimen dan melukis inspirasi yang terdapat daripada musuh mereka, yang mendorong mereka berfikir lebih kreatif ke tahap yang lebih tinggi.” “Mereka dengan cara yang sama telah membuat perubahan dramatik dalam seni moden barat pada permulaan abad ke-20,” kata ketua seni dan kurator antarabangsa pameran NGA, Jane Kinsman.

Seorang pengunjung mengamati dua seni berbeza antara seni Picasso dam Matisse di pameran tersebut. – Xinhua

Semasa temu bual bersama Xinhua, dia berkata pasangan tersebut mula mempunyai hubungan walaupun mereka mempunyai perbezaan waktu, gaya dan latar belakang, namun mereka tetap berganding satu sama yang lain. “Pada awalnya mereka agak agresif, kerana masing-masing ingin mencuba menjadi kunci kesenian yang bersifat baharu dalam kesenian Perancis, namun pada akhirnya mereka menghargai seni satu sama yang lain,” katanya.

“Selama bertahun-tahun mereka mula bertukar-tukar buah fikiran masing-masing, tentang ruang angkasa, warna, subjek dan segala-galanya,” katanya sambil menunjuk kepada lukisan Piccaso ‘Woman from Arles’.

Lukisan tersebut, Picasso menggunakan warna yang dinamik termasuk warna merah jambu, ungu dan hijau, biru, merah dan jingga dengan menggunakan latar belakang berwarna kuning.

Matisse pernah mengkritik tentang kubisme Picasso sebagai statistik dan monokrom.” ini sama sekali berbeza,” kata Kinsman. “Ia penuh dengan kehidupan dan warna.” Sebagai perbandingan, kurator tersebut menerangkan tentang lukisan Mattisse ‘Olga Meerson.’

“Dia mula melihat kepada bentuk geometri kubisme, dan dia telah kurang menggunakan pelet,” kata Kinsman. “Jadi itulah cara Matisse dipengaruhi oleh Picasso.”

Pameran tersebut bukanlah sekadar lukisan.

Kedua-dua artis bekerja dengan Ballets Russes dalam reka bentuk kostum. Para pelawat pameran boleh melihat kasut but, seluar dan jubah yang telah direka bentuk oleh mereka.

Pada tahun 1941, Matisse telah menjalani pembedahan kanser usus, sekali gus menyebabkannya tidak dapat memberikan perhatian kepada lukisannya.

Dia mula untuk membuat seni potongan kertas, yang dipamerkan di ruang akhir pameran.

Di pintu keluar pameran, galeri tersebut telah memaparkan kata-kata Matisse di dinding, yang menggambarkan hubungan kedua artis tersebut. – Xinhua