Oleh Imelda Groves HA
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Berikutan pembukaan rasmi ‘Earth Trek Borneo: The Terraformation Series’ dan sambutan yang menggalakkan pada minggu lalu, Creative Space Art Gallery & Studio sekali lagi mengadakan pameran seramik yang sama, hari ini.
Pameran berkenaan bertujuan untuk menimbulkan penekanan bagaimana sumber-sumber tempatan digunakan secara mampan dan untuk memperkembangkan lagi barangan bersejarah di negara ini.
Seni seramik yang dipamerkan dihasilkan daripada sumber tanah di negara ini yang antaranya diperolehi di Pantai Berakas dan sekitarnya.
Untuk keterangan lanjut dan maklumat semasa mengenai pameran yang bakal diadakan lagi nanti bolehlah mengunjungi platform galeri dalam talian (http://creativespacebn.wixsite.com/creativespacebn), Facebook (Creative Space Brunei) dan Instagram (@ creative.space.brunei).