Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pameran tampil keunikan kopi Saudi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Bagi mengetengahkan keunikan kopi Saudi, Kedutaan Besar Kerajaan Arab Saudi di Brunei Darussalam mengadakan Pameran The Year of Saudi Coffee yang dirasmikan hari ini di Tingkat Bawah, Pusat Membeli-belah OneCity, Kampung Sungai Hanching.

    Perasmian pameran disempurnakan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.

    Turut hadir dan sama-sama merasmikan acara berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Emad bin Abdul Aziz Al-Muhanna.

    The Year of Saudi Coffee 2022 merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan Saudi, yang mengetengahkan kopi Saudi bukan sekadar minuman, tetapi lebih kepada simbol budaya dan hospita-liti Saudi, yang mewakili salah satu pa-ling penting bagi nilai warisan yang juga berkaitan dengan identiti Saudi.

    Objektif dan inisiatif utama The Year of Saudi Coffee adalah untuk meraikan kopi Saudi sebagai produk budaya unik Arab Saudi, menunjukkan kepelbagaian budaya di negara itu, diwakili dengan cara menyediakan dan menghidangkan kopi Saudi, yang berbeza dari satu rantau ke kawasan lain.

    Selain itu, pameran berkenaan juga berobjektif untuk menyerlahkan kopi Khawlani Saudi sebagai produk asli negara itu, mengetengahkan aspek kemurahan hati dan hospitaliti asli Saudi yang dikaitkan dengan adat resam kopi Saudi yang unik, alat, ramuan, dan kaedah penyediaan dan menghidangkan kopi Saudi.

    Pengiran Haji Mohd Hasnan mencuba kopi yang dihidangkan semasa pameran berkenaan. – Gambar oleh James Kon
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...