Pameran teknologi diteruskan dalam format maya

SAN FRANCISCO, 11 JAN – Pameran teknologi besar akan diteruskan namun hanya dalam talian: Pameran Pengguna Elektronik dimulakan hari ini yang dihasratkan untuk mewujudkan ketersambungan dan mempamerkan kecanggihan teknologi terkini dalam robotik, peranti pintar, kesihatan digital dan banyak lagi.

Kira-kira 1,800 pempamer akan menyertai pameran itu, memaksanya untuk diadakan secara online akibat pandemik koronavirus. Format baharu itu akan menjadi cabaran kepada salah satu acara perdagangan terbesar di dunia. Pada tahun sebelumnya, ekstravaganza Las Vegas menarik lebih 4,000 pempamer dari syarikat kecil hingga antarabangsa dengan menerima 175,000 kehadiran. – AFP