Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pameran tonjol kraftangan usahawan wanita

    KABUL – Mempamerkan banyak dompet, beg, kasut dan pakaian wanita bersulam buatan tangan, Ferishta Hashimi, 40, mahu mencari lebih ramai pelanggan dan meningkatkan perniagaannya.

    “Menganjurkan pameran kraftangan dan mempamerkan produk kami akan sangat membantu,” katanya.

    “Produk kami kebanyakannya diperbuat daripada kulit,” kata Hashimi. Perniagaannya telah merosot sejak beberapa bulan lalu, dan kadangkala dia hanya tinggal di rumah.

    Ini adalah pameran pertama yang mempamerkan kraftangan buatan wanita yang diadakan di ibu kota Afghanistan, Kabul selepas Taliban mengambil alih negara itu Ogos lalu.

    Seperti banyak aktiviti ekonomi di Afghanistan, perniagaan Hashimi telah merasakan kesan sekatan Amerika Syarikat terhadap Afghanistan berikutan Washington membekukan aset milik bank pusat Afghanistan. Kini pameran kraftangan itu memberikan harapan bahawa dia boleh mencari pasaran luar negara yang baharu.

    “Saya berharap dapat menjual produk saya ke negara luar pada masa hadapan,” kata Hashimi.

    Dengan sokongan daripada Kementerian Penerangan dan Kebudayaan kerajaan sementara pimpinan Taliban, pameran itu dibuka baru-baru ini di Balai Raya Negara. Daripada 81 gerai yang didirikan secara keseluruhan, 40 adalah milik wanita.

    “Saya menghargai pameran sebegitu diadakan untuk menyokong wanita dan aktiviti ekonomi mereka,” kata seorang lagi wanita di pameran itu yang enggan dikenali.

    “Wanita adalah sebahagian daripada masyarakat Afghanistan, dan mereka berhak mendapat sokongan dan harus digalakkan untuk mendapatkan pendidikan, bekerja dan menyumbang dalam membina semula negara kita yang dilanda perang dan menstabilkan ekonominya yang rapuh,” katanya kepada Xinhua.

    Walaupun di Afghanistan hari ini wanita masih aktif dalam sektor seperti kesihatan, perniagaan dan pendidikan, pelajar perempuan dari gred tujuh hingga 12 tidak boleh hadir ke sekolah. – Xinhua

    Gambar menunjukkan dua orang penjual yang mengikuti pameran kraftangan di Kabul, Afghanistan. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...