Pameran Udara Dubai tumpuan inovasi terkini pesawat komersial

DUBAI, 14 NOV – Pameran Udara Dubai yang diadakan setiap dua tahun sekali dianjurkan hari ini kepada dunia yang masih terkapai-kapai akibat pandemik dan industri penerbangan terjejas disebabkan koronavirus, namun semakin pulih.

Boeing dan Airbus pada kebiasaannya menjadi tumpuan utama pertunjukan penerbangan, bersaing untuk pembelian penerbangan bernilai berbilion dolar dan mengemas kini butiran terakhir sebelum memulakan sidang media. Walau bagaimanapun tahun ini, pameran selama lima hari dijangka kurang meriah berbanding sebelum ini disebabkan oleh sekatan penerbangan dan perjalanan di tengah-tengah pandemik COVID-19 dan penundaan rantaian bekalan global yang memberikan kesan terhadap pembuat kapal terbang.

Dubai yang melaksanakan perintah berkurung tahun lalu, membuka semula sempadannya kepada pengembara yang sudah mendapatkan vaksin dan belum divaksin ketika mereka cuba mengalu-alukan kembali pengunjung ke Ekspo Dunia 2020. Pameran udara di Dubai adalah salah satu pameran perdagangan penerbangan yang mengambil tempat sejak pandemik bermula.

Pameran luar dewan menonjolkan inovasi terkini dalam penerbangan komersial dan perdagangan senjata dunia, serta terus mendorong syarikat-syarikat untuk menjual produk mereka.

Boeing membawakan jet penumpang baharunya 777-9 dari Seattle dalam penerbangan paling lama bagi 777X ketika ia terus menjalani ujian dan menunggu kebenaran undang-undang. Boeing berkata pesawat itu akan menjadi yang terbesar di dunia dan jet dua-enjin paling efisien. Syarikat pengangkutan terbesar di Timur Tengah, Emirates membuat 126 tempahan bagi 777X, namun syarikat berpangkalan di Dubai itu meluahkan kekecewaan dengan penundaan penghantaran, yang dijangka sebelum akhir 2023.

Pameran udara akan mengambil tempat di Lapangan terbang Al Maktoum, Dubai, hab antarabangsa kedua dan terkecil bagi lapangan terbang utama Dubai, yang mempunyai perjalanan antarabangsa paling sibuk di dunia. – AP

Para pengunjung menyaksikan pertunjukan udara yang berlangsung di Dubai. Pertunjukkan mempamerkan inovasi terkini dalam penerbangan komersial dan perdagangan senjata dunia.- AFP