Pan Borneo dijangka siap Ogos 2022

KUCHING, 20 FEB – Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang melibatkan 11 pakej pembinaan sejauh 786.41km dijangka dapat disiapkan selewat-lewatnya dalam bulan Ogos 2022, kata Menteri Kerja Raya, Baru Bian hari ini.

Katanya tarikh berkenaan disasarkan berdasarkan maklumat terbaharu yang diperoleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dari kesemua Kontraktor Pakej Kerja (WPC) dan pembinaan lebuh raya itu sememangnya sudah lewat siap, sebelum diambil alih oleh kementeriannya. –Bernama