Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pan Gon mahu kemenangan berkualiti menentang Hong Kong

    PETALING JAYA, 31 MEI – Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon mahukan lebih daripada kemenangan mudah ketika Harimau Malaya bertemu bekas pasukannya Hong Kong dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

    Selepas membimbing skuad Harimau Malaya dalam beberapa perlawanan termasuk menang 4-0 ke atas Brunei pada Jumaat lepas, Pan Gon mahukan pasukannya itu menang dengan bermaruah. Jurulatih berasal dari Korea Selatan itu berkata, menang dalam sesuatu perlawanan itu ada dua tahap, iaitu menang dengan pemainan yang terbaik dan menang tetapi dengan prestasi mengecewakan.

    Bercakap mengenai pasukan lawan yang beliau pernah bimbing dari 2009-2010 dan 2012-2017 itu, jurulatih berusia 53 tahun itu berkata cara permainan Hong Kong hampir sama dengan Turkmenistan, dan sebab itulah pertemuan esok akan menjadi perlawanan persediaan terbaik untuk kempen Kelayakan Piala Asia 2023. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...