Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pan gon teruja uji ‘senjata baharu’

    PETALING JAYA, 26 MEI – Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon tidak sabar untuk menguji keberkesanan ‘senjata baharu’ pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Brunei di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

    Beliau berkata pelbagai input dan maklumat sudah dicurahkan terutama berkaitan formasi baharu yang diterapkan kepada anak buahnya sejak kem latihan pusat bermula Khamis lepas.

    Beliau berkata walaupun pemain dilihat mengalami keletihan namun berbangga serta berpuas hati kerana anak buahnya tidak mengeluh sebaliknya bersemangat dan jurulatih dari Korea Selatan itu teruja untuk melihat hasilnya esok.

    Menyedari bahawa peminat bola sepak mahukan kemenangan, Pan Gon berharap anak buahnya akan memberikan persembahan terbaik, kesungguhan, sikap dan tenaga positif dalam setiap perlawanan diharungi mereka.

    Sementara itu, ketua jurulatih Brunei, Rosanan Samak berkata mereka telah membuat persiapan rapi untuk bertemu Malaysia sejak Ramadan lepas selepas lebih setahun tanpa aksi kompetitif di peringkat antarabangsa susulan kawalan ketat dikenakan oleh pihak berkuasa di negara itu dalam mengekang ancaman wabak COVID.

    Walau bagaimanapun, Rosanan berjanji akan memastikan anak buahnya memberi tentangan sengit ketika menentang Malaysia esok.

    Selain Brunei, Malaysia dijadual berdepan Hong Kong dalam satu lagi aksi persahabatan pada 1 Jun sebelum berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) dalam Kumpulan E, kempen kelayakan Piala Asia 2023. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...