Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Pan Gon terus bimbing skuad Harimau Malaya

    PETALING JAYA, 6 NOV – Ketua jurulatih pasukan negara, Kim Pan Gon akan terus membimbing skuad Harimau Malaya, bagi mengharungi kesemua aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 walaupun status kontraknya kini menjadi tanda tanya.

    Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berkata Pan Gon mendapat sokongan badan induk itu untuk terus memajukan pasukan negara.

    Beliau berkata sebarang keputusan melibatkan kontrak pengendali dari Korea Selatan itu yang difahamkan berakhir Januari tahun depan, akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan akan datang yang dipengerusikan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

    “Sudah ada perbincangan (isu lanjutan kontrak) tetapi biarlah kita selesaikan kempen pusingan Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia dahulu.

    Memang betul beliau (Pan Gon) akan terus dapat peluang bawa pasukan kebangsaan kerana beliau telah merangka segala program sehingga tahun depan,” katanya.

    Gambar Bernama

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali ke-9 Penggal 2021-2025 yang dipengerusikan Hamidin di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini, hari ini.

    Pan Gon yang dilantik pada Januari tahun lepas bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Tan Cheng Hoe, berjaya meningkatkan mutu serta memberi nafas baharu kepada pasukan negara.

    Bagaimanapun, bekas ketua jurulatih Hong Kong itu dikhabarkan sehingga hari ini masih belum menandatangani kontrak lanjutan.

    Pada saingan kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan Taiwan.

    Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 November ini, sebelum bertandang ke Taipei City untuk aksi kedua bertemu Taiwan pada 21 November dan akan meneruskan baki perlawanan tahun hadapan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...