Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Pan Gon teruskan ujikaji dalam pertemuan dengan Singapura

    KUALA LUMPUR, 25 MAC – Ketua Jurulatih baharu skuad bola sepak Malaysia, Kim Pan Gon mahu meneruskan ujikajinya dengan anak-anak buahnya pada pertemuan dengan Singapura dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier-1, saringan Siri Tiga-Negara FAS di republik itu malam esok.

    Biarpun pertemuan dengan Skuad Singa itu adalah penting, Pan Gon berkata beliau dan staf kejurulatihan mempunyai cabaran lebih penting untuk membentuk skuad yang mantap bagi mengharungi Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur, Jun depan.

    Justeru, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu mahu menggunakan perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional untuk menilai keupayaan pemain selain daripada kemajuan pendekatan taktikal permainan pasukan yang diterapkan sejak ketibaan beliau bulan lepas.

    “Perlawanan itu boleh menjadi ‘derby’ tetapi ia penting, amat penting kerana selaku seorang jurulatih setiap perlawanan penting tanpa keputusan yang baik kita tidak boleh bercakap mengenainya tetapi saya fikir yang lebih penting ialah membina pasukan ini, kami meletakkan sasaran untuk Kelayakan Piala Asia dan seterusnya mara ke piala AFF.

    “Kami perlu membina satu asas yang amat kukuh, saya perlu lebih mengetahui mengenai sifat dan keupayaan pemain dalam keadaan tertentu.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...